Thursday, 23 December 2010
JuN Meet DeCember!!!!
Saturday, 19 June 2010
LAST DAY....
Ini lah keluarga besar HLM S/B, picture taken during family day to Langkawi..4 days 3 nite and all expenses support by company...huhuhu..siap duit kocek dpt lg tu..the best part was i won grand prize for lucky draw set hometheatre....hehehehe
Ini lah big bos Cikwat..opsss mantan Bos..seorg yg sgt low profile..baik sgt..kategori org surau lah dia ni...hehehe..jahat btul Cikwat ckp camtu...Almost 3 years i've been working with him..tak pernah skali pun dia marah or naikkan suara..amat susah nak dgar dia marah..tersgt penyabar orgnya...i am really grateful working with u Bos...Pssssss Bos, kalau i tak tahan keje company baru tu..leh tak i masuk balik company u??..hehehehehe...sofa tu sebijik mcm sofa umah Cikwat..kahkahakah...
Ini lah 2nd Boss...org yg byk berjasa pada Cikwat...hampir 9th Cikwat kenal dia...byk sejarah Cikwat dgn dia ni..tp smua sejarah keje lah...
Inilah En. Haron....org lama kat HLM..Cikwat dah anggap dia cam bapak...dia ni tak pernah berkira..suka menolong org...but i tell u...suara dia bila menyanyi....perhhhhhh cam international star u know...Cikwat suka dgar oldies..En. Haron, bila kita nak ge tgk Live band?...day by day..sampai aku dah resign tak pegi2 nak tgk live band tu dgn kak yati (wife dia laaa)..
McQueen, Bapak jepri n me...bapak jepri is beauty cons hues...cukup mementingkan kesihatan...tgk lah awet mudakan dia...guess? how old is he??
McQueen,Azhar n me...keje2 melawakan opis ni smua byk yg si Azhar ni buat...kira2 dia ni kreatif lerr orgnya...pasangan regu badminton ku...perhhh teringat Cikwat kena smash kat mata dgn 2nd Bos...aku ku igt sampai bila mau taknya sampai lebam kelopak mata ku..nasib baik tak buta koooo..hehehehe
MqQueen( zura) n me...pasni jaga diri bebaik ya McQueen..jaga bos baik2..anasir2 jahat kat opis tu jgn di ikut..ada apa2 masalah calling2 lah ya..kcuali masalah kewangan den tak campur..hehehehe
Me, Cik Miza, Ian n McQueen....ni pic smlm..cik miza dtg opis jumpa Cikwat...Almaklumlah nanti dia naik keje next week Cikwat dah takde..dia bawak baby dia skali si Ian..pasni McQueen adalah kwn balik...
Inilah kwn bertekak Cikwat..nama dia Cik padil..dia mmg susah nak bergambar..ni pun stlh puas Cikwat selongkar pic2 yg ada dlm simpanan...hahahaha sorry lah Cik Padil yaa...sbb ni blog aku so aku punya suka lah nak tepek pic ni..aku tahu ko mesti tak suka..takperr...aku dah jauh dah...dah takde lah ko nak buli2 aku...walaupun ko keding jerr...tp ko ni kuat mmbuli..btw byk aku blajar dr ko..especially bab2 mengoreng2 bg hangus...56% tu betul skali...apa yg 56% tu? hehehe...rasa2nya ko tahu kot...smoga ko akn jadi engineer yg cemerlang...ada bisness bgus jgn lupa cari aku...takkan ko sorang jer nak kaya kan..kan..kan...smoga kita tak putus sahabat..ko mmg kwn yg membina..tapiiiiiii bila chili crab bebbbbb....wa penat tunggu...kalau jadi roger2 lah kat gua yaaa....
Emmmm sape lg ekk yg Cikwat blum cite lg....Actly ni smua staf2 yg base kat HQ jerr..yg kat site tu tak payah lah cite...nanti kalau Cikwat igt Cikwat sambung lg yaa.....
Thursday, 17 June 2010
MINGGU TERAKHIR....
Korang...di kesempatan ni aku nak minta maaf atas apa jua kesalahan aku pada korang..mana yg terasa hati tu...yg tak puas hati ke...yg terlebih hati ke...udah2 lah...anggaplah apa yg aku kata..bebel..marah..tegur ke atau apa2 jer lah mcm angin lalu...yg baik di ambil..yg tak baik korang jgn ikut plak...tp percayalah..apa yg aku buat tu tuk kebaikkan kita bersama especially tpt kita cari mkn ni...(perhhhh dah mcm hari raya plak...hehehehe). Aku sentiasa doakan kejayaan, kebahagian, kesihatan dan KEKAYAAN korang!!! Moral of the story..esok lusa kalau dah kaya jgn lupa aku plak....hehehehehe
Hahahaha...walaupun tinggal bape hari jer lagi..keje aku still menimbum..camne nak clearkan ni...nampaknya kena wat part time lah Bos..heheheh
Saturday, 12 June 2010
SPACE....
Sunday, 23 May 2010
GIVE YOURSELF A BREAK
When faced with a challenge, it is always wise to ask for God's help, prepare to the best of your ability, give your most worthy effort and then cut yourself some slack! No one gets everything right every time, perfection belongs to God alone.
As difficult as it may be accept, everyone fails sometimes, even when they try hard to do well. The good news is that most people learn more from their failures than from successes, and failure can create greater empathy and sensitivity toward others.
If you ask for forgiveness, God forgives and forgets your error. So give yourself a break. Forgive yourself today!!
Wednesday, 19 May 2010
Menu Seminggu Untuk Penurunan Berat Badan
Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosongSarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosongSarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosongMakan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosongSarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu
Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosongSarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong
6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosongSarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong
6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosongMakan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong
6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosongMinum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad
Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong
6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagungMakan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren
Panduan:-
-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber-campurkan sayur
-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat
P/S : pesanan utk diri sendiri..kena usaha dan cuba...
Tuesday, 18 May 2010
KENCING KOTOR...
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
-
Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
-
Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
-
Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan Gejala
-
Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
-
Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
-
Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
-
Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
-
Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
-
Demam dan seram sejuk.
Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
-
Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
-
Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
-
Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
-
Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Pengurusan sendiri
-
Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
-
Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
-
Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
-
Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
-
Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
-
Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
-
Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
-
Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
-
Memberi antibiotik tertentu.
-
Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.
Pencegahan
-
Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
-
Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
-
Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
-
Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
-
Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
-
Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
-
Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
-
Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
-
Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
-
Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap
kepada kwn2 ku skalian manfaatkan article ini tuk kita bersama ya...
Monday, 17 May 2010
CHECK UP...
Cikwat mkn Ginger onion beef rice + Hawaii lemon. Cik Faz plak mkn Thai fried rice+ice lemon tea...pas mkn Cikwat anto lah Cikfaz balik opis dia smula n aku pun kenalah masuk opis..tak reti2...kul 5 kwn lama call ajak Cikwat ngeteh..seetttt org blanja jgn di tolak some more bleh gak tukar2 cite n experience..jam 5.30 dia sampai n call suh turun, b4 turun Cikwat pi toilet sat..kuar dr toilet nak amik handbeg ttiba takde kat tptnya...cisssss ini mesti keje Cik Padil nyorokkan hanbeg aku ni...arhhhhhhhh menjerit satu opis cam tarzan cari beg..finally jumpa gak...siapp ko Cik Padil..Ada lori ada bas...jaga kooooo!!!
Saturday, 15 May 2010
AKU SAKIT...
Lepas ambil ubat dan bayar aku pun teruskan perjalanan aku ke opis, actly hari ni n smlm ada internal audit n nasib baik department aku dah dibuat audit smlm..no NCR ok...aku nak serahkan MC aku + aku nak print appointment letter for medical check up this coming monday..almaklumlah kat umah aku takde printer terpaksa lah guna harta syarikat..Ahakkss..Bos jgn marah eh..wat amal jariah dgn staf2 kan apa salahnya..hehehe Aku kena wal medical check up kat Johor Specialist sbb end of June aku akan start keje kat tpt baru..dah siap urusan kat opis aku pun mintak diri utk balik lah tp sblum tu aku gagahkan diri singgah jap kat Econsave nak beli barang2 basah skit..aku nak masak sup ayam..tekak rasa payau tak tahu nak mkn apa...igt nak anto keta kat car wash sbb lama benorr kita aku tak mandi tp aku rasa dah tak larat..nak sampai umah cepat nak cari bantallll..aku nak beradu dulu sblum aku masak..tghari tu aku masak sup..lps tu mkn ubat n kepala aku dah smakin berat sbb pengaruh dadah tu kan..kan...mata aku pun jadi layu balik..apa lg tdo lahhhh..Alhamdulillah diarrhea aku dah smakin ok...kwn2 skalian doa2 kan aku cepat sembuh ya n bersemangat smula utk habiskan keje2 aku sblum aku pergi meninggalkan company yg aku syg ni...wahhh dah jam 9..masa utk tgk TV...chow chi cha...
Thursday, 13 May 2010
GIVE YOURSELF PERMISSION TO SAY NO
CUACA vs MOOD...
Lately ni kan cuaca tak menentukan skejap hujan, panas, berawan..berombak (sbnarnya peringatan utk diri sendiri) ditambah plak dgn air cond kat workstation aku tu skejap sejuk pastu lama benor panasnya..air cond tu dah kuarkan udara panas yg tepat kena kat kepala aku..aduhhh tu yg buat aku mcm nak sakit..la ni aku dah rasa mcm nak selsema, tekak perit n sakit kepala. Rasanya air cond tu baru jer rapair ari tu tp entah apa yg apek tu repair pun aku tak tahu..dah lah ari tu aku geram dgn dia sbb dia bleh plak marah aku...mahu tak bengang aku..temperature aku mmg naik beb..korang nak tahu apa ceritanya? Ari tu dia dtg repair air cond kat workstation aku tu..pastu aku tanya bila aku leh on balik air cond tu then dia kata kul 9 esok ari..so esok pg aku masuk opis cam biasa..bila tgk jam dah kul 9 lebih aku pun on lah air cond tu.. aku pelik nape kuar angin jer air cond tu tp aku wat bodoh jer lah..bila apek tu dtg balik ptg hari dia marah aku then ckp air cond tu tak boleh di on kan sampai dia dtg kul 9 sbb gas dia tak masuk lg..masalanya dia dtg jam bape??? pastu dia kelam kabut cari remort control then bising2 aku rasa dia carutkan aku kot..hehehehe...tp beb, salah aku ke??? atau dia yg tak fhm apa aku tanya a day before??Adusss...
Wednesday, 12 May 2010
FIBROID!!!
EXAM..MOOD..entah apa2 lah...
Tuesday, 11 May 2010
A SMILE BRIGTENS EVERYONE'S DAY..
Add the 'smile factor' to your daily routine for one week. Smile when you pass people, smile at people in the elevator, smile at the motorist in the next car. Smile..smile..smile!! You are sure to find your world less intimidating, your interactions with others more satisfying, and your overall outlook greatly improved...
Monday, 10 May 2010
PINGGAN DAN MANGKUK..
Sunday, 9 May 2010
KAWAN GADUH...KAWAN MAKAN
Perhhh..boring jgak aku rasa bla kwn bergaduh takde ni..kalau tak ari2 nak bertekak jerr..kat opis ni suara kitaorg jer yg rajin berbunyi2..nyanyi2...gaduh2..sampai tak kuasa bos aku..lantak korang lah janji keje buat tak gitu cik padil?? cik padil ge course kat KL for 3 days..abis dia angkut anak bini dia yg baru 2 minggu bersalin baby boy tuu..dlm pantang lg tu cik imah weiii jangan bentan sudah..ko jaga baik2 anak bini ko tu cik padil..aku boring ko takde mati kutu aku..tp bagus jgak ko takde ni..aku jadi semakin rajin n concentrate keje sbb takde gangguan anasir2 jahat..hahahaha..sorry cik padil ek nanti kita ge mkn sushi or ketam ehh..ajak sekutu kita tu cik jef n cik zura..wallaniii mabelesss..aku nak spend masa byk skit dgn korang..nanti bla aku dah bla dr opis ni entah bla nak jumpa korang kan..entah2 time raya jer kot tu pun kalau korang wat makan2 aku dtg lah...hehehe..guys, aku tepekkan pic kita ge mkn2 kat teluk jawa ari tu..aku igt nak tepek skali pinggan2 korang tu nak tunjukan betapa buruk lantaknya korang mkn..tak termasuk aku ehh (perasan!!!) tp tak sampai hati lak..nanti lah kalau aku sampai hati aku tepek utk tatapan korang..tp mmg best pun tempat tu tak sia2 ge redah sampai ke sana..sanggup aku n cik zura duk dlm keta tunggu mamat 2 ekoq tu solat jumaat dulu then baru ge tpt yg dituju tu..jangan ditanya jam brapa kitaorg sampai opis!!! apa-apapun we love u lah bos!!
CIK FAZ..
Beb, ko jgnlah merajuk lama2 dgn aku..tak sanggup aku menanti ko baik smula huhuhu...tak best lah takde kwn nak borak2..sharing2..andainya ko terbaca lah blog aku ni (perhhhh aku dah ada blog tauu!!), aku nak kabo kat ko..as a friend aku syg sgt kat ko n aku syg jgak dgn our friendship ni..kalau aku terbuat salah kat ko (Tapi rasanya mcm tak ada lg!!)aku minta maap ekk..buang yg keruh ambil yg jernih...ko lah sahabat aku beb!! Aku nak cari ko pagi ni tp tak nampak plak ko on9..aku tunggu ko on9 ehh..Happy Mother's Day utk ko tauu..aku tepek pic ni sbb aku suka sgt tgk pic masa ko snokerling ni..Ameer cute sgt masa ni..hehehe
HARI IBU...
Aku mulakan N3 aku hari ni dengan ucapan SELAMAT HARI IBU utk smua ibu2 di dunia ini especially utk ibu kesayanganku...sesungguhnya aku amat menghargai mu tiada kata yg mampu ku gambarkan tentang perasaan ni..walaupun antara ramai2 anak dia aku yg paling nakal tapi bila tiba bab ibu ni aku mmg shahduuu...